widget

Tuesday, January 29, 2013

TAZKIRAH MINGGUAN MymOc

10 MATI HUSNUL KHATIMAH


Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian.ini telah dijelaskan dalam al-Quran, Surah Yunus ayat 49
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".


Fuquha' telah menggariskan beberapa tanda-tanda "Husnul Khatimah" yang 
ditunjukkan oleh Allah Ta'ala berdasarkan dalil-dalil syarie, antaranya:




1. Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah  SAW
yang bermaksud: "Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah' nescaya 
masuk syurga." 

2. Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Satu hadis menceritakan bahawa 

sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib pernah mendengar Rasulullah 
bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda Rasulullah yang 
bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi." 

3. Mati di malam Jumat atau harinya, kerana sabda Rasulullah  SAW yang 

bermaksud: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau 
malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur." 

4. Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama 

Allah. 

5. Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang mati syahid itu lima, 
orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati 
ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah."

6. Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang 

yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit. Hal ini 
berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Orang 
yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang 
mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, 
orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut 
mati syahid." 

7. Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas, 

kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan 
hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesipa yang dicerobohi hartanya 
dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia 
mati syahid." 

8. Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa, di antara dalilnya ialah 

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dibunuh kerana 
mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh 
kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati 
dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang 
mati mempertahankan darahnya ia mati syahid." 

9. Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam. Diantara dalilnya ialah 

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap yang mati ditamatkan 
amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan 
Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat 
dan ia akan diamankan dari fitnah kubur." 

10. Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah 

Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah  SAW yang 
bermaksud: "Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah' kerana Allah lalu ia 
mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang 
berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya 
nescaya ia masuk syurga.

No comments:

Post a Comment