widget

Saturday, February 16, 2013

MISI MymOc

MISI MY MUSLIM OUTREACH CENTER (MymOc)




visi BLOG MymOc

untuk membina sebuah akademi saudara baru serta membangunkan blog saudara baru dengan pelaksanaan program MENTOR-MENTEE dan pembudayaan sukarelawan saudara baru.


sepuluh misi perjuangan dan tujuan utama MymOc

1. Blog menjadi medium perhubungan untuk golongan saudara baru.


2. Blog sumber pengetahuan dan isu semasa kepada saudara baru.


3. Blog medium perkongsian ilmu kepada saudara baru.


4. Blog sebagai medium perkongsian perit pedih kehidupan saudara baru.


5. Blog pusat tumpuan saudara baru, sekaligus memasyarakat saudara baru.


6. Intraksi antara golongan saudara baru dengan pihak berwajib dan pusat islam secara efektif


7. Hubungan Mentor-Mentee di alam maya.


8. Menjimatkan masa dan pengurusan kerjaya serta rumah tangga masyarkat saudara baru.


9. Merahsiakan identiti saudara baru terhadap isu sensetif dan mengaibkan.


10. Blog menjadi medium terbaik dari kalangan masyarakat bandar dan luar bandar di negara ini.

Friday, February 15, 2013

PROGRAM MEMPERKASAKAN KOMUNITI SAUDARA BARU NEGERI MELAKA di HOTEL PANTAI PUTERI (16 GAMBAR)


ucapan daripada pengarah projek
(PROGRAM MEMPERKASAKAN KOMUNITI SAUDARA BARU NEGERI MELAKA)








seki-seki program

















urusetia program memperkasakan komuniti saudara baru negeri melaka




DOA SUPAYA TIDAK DI BOLAK BALIK HATI






 يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ


Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik



 Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu”- HR. Muslim

Doa Mohon Tetapkan Hati Atas Hidayah



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani..
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.(Surah Ali'Imraan Ayat 8) 

DOA AGAR TEGUH IMAN DAN TETAP TAAT KEPADA ALLAH



ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا لَّا يَرْتَدُّ ۞ وَنَعِيْمًا لَّا يَنْفَدُ ۞وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ أَعْلَى جَنَّةِ ٱلْخُلْدِ ۞ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ ۞فَإِنَّهُ لَا يَمْلِكُهَا إِلَّا أَنْتَ۞
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang tidak akan lepas, nikmat yang tidak akan habis, dan menyertai Nabi Muhammad S.A.W di syurga yang paling tinggi selama-lamanya (HR Ibnu Hibban no.2436). Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kurniaan-Mu dan rahmat-Mu kerana tidak ada yang memilikinya kecuali Engkau (HR Ibnu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’)
ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ مِنَ ٱلْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ۞ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ ٱلشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ۞ ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ۞ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ۞ ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ ٱلْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ۞ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ ٱلنَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ۞ وَ أَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِىْ خَيْرًا۞
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu seluruh kebaikan, baik yang sekarang maupun yang akan datang, yang aku ketahui maupun yang tidak aku ketahui. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari seluruh kejahatan, baik yang sekarang maupun yang akan datang, yang aku ketahui maupun yang tidak aku ketahui. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan yang diminta oleh hamba-Mu dan nabi-Mu. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang hamba-Mu dan nabi-Mu berlindung kepada-Mu darinya. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu syurga dan apa-apa yang dapat mendekatkan aku kepadanya, baik berupa ucapan maupun perbuatan. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari neraka dan apa-apa yang dapat mendekatkan aku kepadanya, baik berupa ucapan maupun perbuatan. Dan aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan seluruh ketetapan yang Engkau tetapkan bagiku merupakan suatu kebaikan (HR Ibnu Majah no.3846, dan Ibnu Hibban no.2413). Wallahu a’lam.
Jika dibaca untuk jamaah
ٱللَّـهُـمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا لَّا يَرْتَدُّ ۞ وَنَعِيْمًا لَّا يَنْفَدُ ۞وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ أَعْلَى جَنَّةِ ٱلْخُلْدِ ۞ٱللَّـهُـمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ ۞فَإِنَّهُ لَا يَمْلِكُهَا إِلَّا أَنْتَ۞
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tidak akan lepas, nikmat yang tidak akan habis, dan menyertai Nabi Muhammad S.A.W di syurga yang paling tinggi selama-lamanya (HR Ibnu Hibban no.2436). Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kurniaan-Mu dan rahmat-Mu kerana tidak ada yang memilikinya kecuali Engkau (berdasarkan HR Ibnu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’)
ٱللَّـهُـمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ ٱلْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَـعْلَمْ ۞ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنَ ٱلشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَـعْلَمْ ۞ ٱللَّـهُـمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ۞ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ۞ ٱللَّـهُـمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ ٱلْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ۞ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنَ ٱلنَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ۞ وَ نَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لَنَا خَيْرًا۞
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu seluruh kebaikan, baik yang sekarang maupun yang akan datang, yang kami ketahui maupun yang tidak kami ketahui. Dan kami memohon perlindungan kepada-Mu dari seluruh kejahatan, baik yang sekarang maupun yang akan datang, yang kami ketahui maupun yang tidak kami ketahui. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan yang diminta oleh hamba-Mu dan nabi-Mu. Dan kami memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang hamba-Mu dan nabi-Mu berlindung kepada-Mu darinya. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu syurga dan apa-apa yang dapat mendekatkan kami kepadanya, baik berupa ucapan maupun perbuatan. Dan kami memohon perlindungan kepada-Mu dari neraka dan apa-apa yang dapat mendekatkan kami kepadanya, baik berupa ucapan maupun perbuatan. Dan kami memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan seluruh ketetapan yang Engkau tetapkan bagi kami merupakan suatu kebaikan (berdasarkan HR Ibnu Majah no.3846, dan Ibnu Hibban no.2413). Wallahu a’lam.

dari LAMAN TINTA imam muda asyraf


Relaks…Jangan Gelojoh!

NikmatDunia
JANGAN SAMPAI TERSADUNG KAKI MENGEJAR DUNIA
“Akmal! Sekarang di café ada promosi hebat. Beli ‘laptop’ dapat percuma telefon bimbit. Jom kita pergi tengok!” Kata Saiful yang baru masuk ke bilik Akmal dalam keadaan tergesa-gesa.
“Relaks bro…jangan gelabah. Baru azan Asar jer nih. Kita solatlah dulu, lepas tu aku ikut kau pergi café sekali,” ujar Akmal sambil menyarung kain pelikat.
“Eh, promosi tu bukan sedang nak dapat! Siapa cepat dia dapat. Lagipun kita kan memang tengah nak beli laptop. Sekejap sahaja, lepas promosi kita solatlah. Takkan habis waktu punya,” begitu semangat Saiful memujuk Akmal.
“Kau ni Saiful, tak lari ke mana KLCC dikejar. Kita ‘settle’ urusan kita dengan Allah, pasti urusan dunia kita akan di’settle’kan oleh Allah. Dunia ni kalau mahu dipikul, satu Putrajaya pun tidak cukup. Tapi orang yang bijak, dia takkan gelojoh dengan dunia. Namun dia bijak mengambil nikmat dunia.” Akmal dengan selamba menghampar sejadah sambil mulut membebel.
“Kau ni, sejak bila jadi ustaz plak nih. Panjang pulak tazkirah petang-petang nih. Mentang-mentanglah minggu ini minggu exam, terus kau jadi alim.” Saiful terduduk di katil merungut manja mendengar ceramah Akmal.
“Saiful…orang yang bijak menikmati dunia ni umpama lebah dan madu. Tumpahan madu yang cair membuatkan lalat-lalat datang menghinggapinya. Seekor lalat yang gelojoh akan terus terjun ke tengah-tengah tompokan madu pekat itu. Akhirnya ia terperangkap dan melekat di situ lalu mati disebabkan keserakahannya.
Seekor lalat lagi yang agak bijak, datang ke arah madu dan hinggap di pinggir tompokan madu secara sedikit-sedikit. Ia mencicipi madu secukup rasa. Kemudian apabila ia puas ia terbang semula. Lalat yang bijak ini tidak menikmati madu secara berlebihan. Tetapi hanya sekadar untuk menghilangkan laparnya. Setelah perut terasa lapar kembali, ia pun hinggap semula di pinggir tompokan madu tersebut.
Apa yang nak aku kongsi di sini, perumpamaan rezeki dunia ini mestilah disikapi dengan sabar danqanaah (berasa cukup). Sekiranya kita gelojoh untuk menikmati dunia, maka kita akan terperangkap. Sekiranya kita bijak mengambilnya, maka rezeki itu akan terus ada berpanjangan.” Ujar Akmal kepada Saiful dengan agak panjang lebar.
Secara tiba-tiba suasana berubah menjadi sesi kaunseling.
“Aku faham semua tu. Lagipun, aku bukan tak mahu solat. Cuma sekejap sahaja kita turun ke café, kemudian kita solatlah. Kau ni tiba-tiba je bagi tazkirah kat aku ni kenapa. Ingat kau seorang sahaja yang tahu bab agama. Aku pun dulu sekolah agama tau…hehehe,” Saiful tersengih sambil tersenyum terus memujuk Akmal.
“Ha..tu la kau. Kau ingat dengan ilmu semata-mata boleh menjamin keimanan? Cuba kau bayangkan, seorang atlit angkat berat yang sudah mempelajari teknik yang betul dalam sukan mengangkat berat. Tubuhnya yang sasa. Jadual pemakanan yang seimbang. Dan ia mampu mengangkat seberat 100kg dengan ilmu dan kepakarannya.
Namun apabila datang waktu subuh, ilmunya tidak mampu membuatkan ia mengangkat selimut walaupun seberat tidak sampai sekilogram. Sebab iman itu perlu dipupuk. Bukan setakat dipelajari” Akmal menyambung semula tazkirah kepada Saiful.
“Baik, kita solat dululah. Lepas solat kita pergi promosi sekali. Aduh, aku pun tak faham sejak bila kau ni jadi ustaz pula. Waktu aku ajak kau pergi surau, kau main game. Sekarang aku ajak pergi promosi kau tazkirahkan aku pula ya. Bijak…bijak.” Saiful menggomel kepada Akmal.
“Hahah…sekali sekala aku pun nak buat alim juga, ikut suka kaulah nak cakap apa, ada aku kisah!” Akmal terus menuju ke bilik air mengambil wudhu sambil mata menjeling dan bibir tersenyum ke arah Saiful.

Khutbah Jumaat


STRATEGI 5S YAHUDI LAKNATULLAH



Dari mimbar khutbah JUMAAT di MASJID BEIJING RATAU PANJANG, KELANTAN. Strategi YAHUDI untuk melemahkan umat islam..


S1.SCREEN(FILEM):
Yahudi telah berjaya mengeluarkan filem-filem yang merosak kan anak-anak muda generasi sekarang. Yahudi juga telah mengeluarkan filem yang mempersendakan rasulullah s.a.w.


S2.SONG(LAGU):
Yahudi telah berjaya mengeuarkan artis2 barat yg menjadi kegilaan ramai dan menciptaan fenomena. Mereka telah mewujudkan kumpulan music heavy metal yg memasukkan unsur2 pemujaan dan lirik yg mensyirikkan allah.


S3.SPORT(sukan):
Meraka berjaya menjayakan acara sukan yang terbesar di dunia iaitu Olimpik. Olimpik mempunyai unsur2 agama MAJUSI. Selain itu, pendedahan aurat lelaki dan perempuan, pergaulan bebas, dan tajaan daripada syarikat arak.


S4.SMOKE(ROKOK):
Rokok menjadi sumbangan utama kepada YAHUDI LAKNATULLAH untuk merosakkan Islam. Jualan rokok mencecah 2billion sebulan,24bilion setahun, 240bilion 10tahun. Bayangkan berapa banyak telah kita sumbangkan buat YAHUDI.


S5.SEX(HUBUNGAN SEX):
Sex telah dijadikan salah satu cara untuk merosakkan umat Islam. Kerana YAHUDI tahu kelemahan umat Islam adalah untuk mengawal nafsunya

Wednesday, January 30, 2013

PERJUMPAAN DENGAN ORANG-ORANG PENTING MymOc (4 GAMBAR)


Perjumpaan admin dengan beberapa orang kuat untuk berbincang berkenaan dengan program2 yang akan dijalankan dalam masa terdekat..

 DARI KIRI: ADMIN, MUHAMMAD ANWAR FAHMI ABDULLAH, ABANG MAD











 PENCETUS BLOG MymOC: MUHAMMAD ANWAR FAHMI ABDULLAH

Tuesday, January 29, 2013

TAZKIRAH MINGGUAN MymOc

10 MATI HUSNUL KHATIMAH


Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian.ini telah dijelaskan dalam al-Quran, Surah Yunus ayat 49
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".


Fuquha' telah menggariskan beberapa tanda-tanda "Husnul Khatimah" yang 
ditunjukkan oleh Allah Ta'ala berdasarkan dalil-dalil syarie, antaranya:




1. Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah  SAW
yang bermaksud: "Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah' nescaya 
masuk syurga." 

2. Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Satu hadis menceritakan bahawa 

sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib pernah mendengar Rasulullah 
bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda Rasulullah yang 
bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi." 

3. Mati di malam Jumat atau harinya, kerana sabda Rasulullah  SAW yang 

bermaksud: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau 
malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur." 

4. Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama 

Allah. 

5. Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang mati syahid itu lima, 
orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati 
ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah."

6. Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang 

yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit. Hal ini 
berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Orang 
yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang 
mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, 
orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut 
mati syahid." 

7. Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas, 

kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan 
hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesipa yang dicerobohi hartanya 
dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia 
mati syahid." 

8. Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa, di antara dalilnya ialah 

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dibunuh kerana 
mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh 
kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati 
dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang 
mati mempertahankan darahnya ia mati syahid." 

9. Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam. Diantara dalilnya ialah 

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap yang mati ditamatkan 
amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan 
Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat 
dan ia akan diamankan dari fitnah kubur." 

10. Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah 

Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah  SAW yang 
bermaksud: "Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah' kerana Allah lalu ia 
mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang 
berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya 
nescaya ia masuk syurga.

PENGHIJRAHAN CAT STEVENS KEPADA YUSOF ISLAM


(Cat Stevens – Yusof Islam)

Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.

Abang Cat Stevens, David Gordon adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.

Cat Steven bersama abangnya, David Gordon

Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.

Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.


“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”

Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.

Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.
-sumber-
http://www.lamankongsi.com/2012/05/kisah-penyanyi-rock-inggeris-masuk.html